Posts

Showing posts from August, 2017

Langkah-langkah projek;

Image
1. Membuat lakaran awal 2. Memotong botol mengikut lakaran idea yang telah ditetapkan. 3. Proses spray botol untuk kemasan. 4. Proses memotong dawai dan membuat tebukan di hujung botol untuk digantungkan. 5. Proses mengisi medium dan menyemai biji benih. 6. Proses mengantungkan dan menyusun botol di pagar. 7. Proses mengantungkan tangki air serta membuat lubang kecil pada salur air. HASIL AKHIR;

Bahan Dan Peralatan Projek;

Image
BAHAN; Botol (1.5 liter) Dawai Botol (5 liter) Salur air Sabut Biji Benih Spray Pen Maker PERALATAN; Pisau Gunting Puncher Paku Playar Ketuk besi

Kekurangan Fertigasi;

Saiz lubang tempat keluarnya larutan dari salur air adalah kecil. Oleh itu ia mudah tersumbat disebabkan oleh sampah dedaun.

Kelebihan Fertigasi;

Kaedah fertigasi boleh mengurangkan kos operasi, meningkatkan produktiviti dan kualiti, mengurangkan penggunaan tenaga buruh. Penggunaan sistem fertigasi secara ketara dapat mengurangkan penggunaan air dan baja berbanding dengan cara-cara lain. Memandangkan kadar penitisan yang perlahan, saiz paip utama dan paip tertier adalah sangat kecil. Oleh itu kos pembelian paip adalah lebih murah. Mengelakkan garam daripada meresap kedalam tanah/mengelakkan pencemaran nutrien. Mengelak dijangkiti penyakit bawaan tanah.

Maksud Fertigasi Dinding;

Image
Fertigasi Dinding ialah satu kaedah di mana tanaman semaian digantung secara bertingkat dan tangki air digunakan untuk menyalurkan air menggunakan salur air ke setiap pokok dengan menggunakan daya graviti dan prinsip tekanan air.

Maksud Fertigasi;

Image
Fertigasi berasal dari perkataan fertigation iaitu fertilizer & irrigation. Fertigasi dapat ditakrifkan sebagai satu kaedah penanaman di mana baja (dalam bentuk larutan/nutrient) diagihkan kepada zon tanah tanaman melalui sistem pengairan.